CSTeam TTDI Recognition Night

TOP YEARLY HM 2018 #CSTeamTTDiRecognitionNight

Bertempat di Kelab Shah Alam, malam nie berlangsungnya majlis gilang gemilang bertemakan Kesultanan Melayu. Alhamdulillah, lepas dah dapat award bulanan semua, n last sekali rupanya dapat Top Yearly HM 2018.

Perjalanan nie tak mudah, tapi manisnya kejayaan tu terlalu banyak. Sampai satu tahap kita sampai tak dapat fikir kenapa Allah bagi sampai macam nie sekali.
Sejujurnya setiap kali naik pentas, setiap kali nama diumum, banyak wajah-wajah anak cucu dibawah naungan team kami dan HM Adila Razak, HM Azie Mukhtar & HM Azneen Yahya yang saya bayangkan. Betapa kuatnya mereka bekerja siang dan malam.


Dari hari pertama saya join Coway ramai tulang belakang disebalik setiap kejayaan nie. SM Kamarul Khairuddin, SM Joziera Johari, puasnya dok bagi tunjuk ajar.
Ingat lagi waktu awal-awal, sayapun kabur macam mana perjalanan Coway nie, bleke saya buat? Tapi tak nak fikir banyak saya ikutje cakap. Dari Putra Height ke Shah Alam, buat sambil bekerja je, kemudian pergi ke Coway Klang sebab HM kata ble dapat duit banyak bila thumbprint. Yer saya kabur, tak tau apa ada kat depan, tapi buatje dan ikut cakap.


Perjalanan nie bermula bila suami anta naik moto setiap pagi, naik moto biashe biasheje. Takutnya cilok-cilok kekadang memang pejam mataje. Tapi sebab buat 2 kerja, nak kena datang awal n nak dapat bonus PaPi lebih skit, saya redah.


Customer pertama dalam Coway saya dapat hasil edar flyers kat apartment. Customer ajak jumpa kat kedai mamak, waktu tu saya nak beli topuppun tak cukup duit, jadi saya guna duit RM5 dalam beg, duit tu la duit terakhir dalam poket arwah ayah sebelum dia meninggal. Lepas telefon suami nakkan duit, saya datang semula ke kedai topup nak tebus balik duit tu. Rupanya duit tu dah takde, dah diberi kat orang lainpun.

Menangis terduduk Allah je tau. Saya sayang sangat kenangan tu. Saya terlalu rindukan arwah ayah, dan sejak tu saya bertekad takkan main-main. Dan dari perjalanan pertama tu sampaila harinie, makin banyak kejayaan yang dapat. Saya tau makin besar sebenarnya tanggungjawab nie.


Dan saya ready, Saya ready untuk bantu lebih ramai orang lagi menjadi Topsale asalkan betul-betul nak. Beranilah datang kedepan ! Kita buat sama-sama tau. Terima kasih suami, adik beradik Raja Norhanizah, Raja Farah dan family semua untuk sepanjang perjalanan nie.


Terima kasih GM Lotfi Wahab, GM Saiful IzzamSM2 dan HM2. Terima kasih semua teammate yang terus terus support. Tanpa semua tulang belakang nie, siapalah saya berdiri atas pentas yang gah macamnie. Alhamdulillah, Alhamdulillah untuk semua nikmat nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge