Motivasi Bisnes daripada Dr Azizan Osman

  1. “Belajar Bersangka Baik Adalah Salah Satu Cara Bagaimana Kita Boleh Perbaiki Hati Dan Menambah Rezeki
  2. “Setiap Cabaran Hanyalah Satu Proses Untuk Menjadikan Karektor Anda Lebih Teguh Dalam Persediaan Untuk Menjadi Jaguh Di Dalam Hidup Anda!”
  3. “Gagal Untuk Berkomunikasi Adalah Salah Satu Kunci Kegagalan Dalam Memimpun Sesebuah Organisasi”
  4. “Perniagaan Yang Terbaik Adalah Perniagaan Yang Kita Suka Dan Seronok Jalankan Serta Menguntungkan Dunia Akhirat.”
  5. “Ilmu Bisnes & Pemasaran Bukan Untuk Hanya Informasi Sepertimana Kita Belajar Subjek Geografi Atau Sejarah Kat Sekolah, Ia Adalah Ilmu Tindakan! Jika Tindakan Luar Biasa Maka Hasilnya Luar Biasa!”
  6. “Orang Yang Kaya Bukanlah Terletak Kepada Berapa Figure Wang Yang Dia Ada, Tetapi Orang Yang Kaya Adalah Orang Yang Boleh Memberi Walaupun Sedikit”
  7. “Perjalanan Ke Puncak Kejayaan Itu Umpama Menaikit Hot Air Balloon, Anda Bukan Sahaja Perlu Ringankan Beban Untuk Terbang Tinggi Tetapi Anda Perlukan “Kepanasan” Api Untuk Menghasilkan Gas Yang Membawa Anda Naik.”
  8. “Fokus Buat Apa Yang Terbaik Pada Kepakaran Anda Yang Boleh Berikan Paling Tinggi Hasilnya Kepada Bisnes Anda, Serahkan Perkara Lain Yang Bukan Kepakaran Anda Kepada Pakar Yang Berpengalaman Dan Terbukti Berjaya!”
  9. “Walaupun Seseorang Yang Berjaya Itu Kita Lihat Nampak Tenang Dan Bersahaja, Mereka Sebenarnya Sedang Bekerja Keras Dan Bertungkus-Lumus Dalam Usaha Mereka Mencapai Kejayaan.”
  10. “Cabaran Paling Susah Di Dalam Proses Memperbaiki Kehidupan Diri Adalah Memperbaiki “Sangkaan” Dan Niat.”
  11. “Ramai Orang Cuba Untuk Melakukan Semua Perkara Dan Mereka Rasa Yang Mereka Telah Mencapai Banyak Perkara Di Dalam Hidup. Tetapi Akhirnya Mereka Tidak Mencapai Apa-Apa Yang Terbaik Walau Dalam Satu Perkara Sekalipun.”
  12. “Tundukkan Hati Di Dalam Menempuh Hari-Hari Kita Di Dalam Mencapai Impian Kita. Semakin Kita Tunduk, Semakin Banyak Ilmu, Rezeki Akan Mengalir Kepada Kita.”
  13. “Orang Yang Berjaya Biasanya Menulis Senarai Tugasan Mereka Setiap Hari Dan Mereka Yang “Biasa-Biasa” Biasanya Tidak Menulis Apa Tugasan Harian Yang Mereka Perlu Capai.”
  14. “Matlamat Utama Berniaga Bukanlah Untuk Menjadi Jutawan Tetapi Menjadi Dermawan, Mudah-Mudahan Dengan Asbab Berniaga Mengikut Sunnah, Rezeki Kita Lebih Dan Dapat Memberi Lebih Agar Hidup Diberkatinya, More You Give, More You Will Get Back Samada Di Dunia Atau Disana. Give First And Give More.”
  15. “Kita Akan Rasa Takut Dan Skeptikal Kepada Sesuatu Yang Kita Tidak Benar-Benar Tahu Dan Kuasai. Ketakutan Paling Teruk Ialah Takut Untuk Berilmu.”
  16. “Hendak Memulakan Sesuatu Perniagaan Tidak Memerlukan Banyak Modal. Jika Mempunyai Ilmu, Dari Rm1 Boleh Menjadi Rm1 Juta. Tetapi Jika Tidak Mempunyai Ilmu, Wang Berjuta Juga Akan Lesap.”
  17. “Marketing Is Not Selling! Marketing Is Sharing The Story Of Your Self, Product, Services Or The Problems That You Could Help To Settle Or Solve!”
  18. “Setiap Sesuatu Yang Berlaku Terutamanya Perkara Yang Kita Tidak Sukai, Menyedihakan Atau Mengecewakan Sebenarnya Mempunyai Hikmah & Pengajaran.”
  19. “Switch Fokus Kita Segera Dan Bounce Back Untuk Terus Maju Ke Hadapan! Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Melayan Emosi Belaian Jiwa Sedangkan Banyak Perkara Bermanfaat Yang Kita Boleh Kongsi Untuk Ramai Orang Lain Yang Memerlukan Kita.”
  20. “Setakat Fokus Kepada Papan Sasaran Sahaja Tidak Akan Buat Kita Hit Di Tengah-Tengah Papan. Tetapi Kita Perlu Sangat Focus Dan Sentiasa Praktis Untuk Kena Tepat Di Tengah Papan Sasaran Kita.”
  21. “Naikkan Nilai Diri Kita Serta Nilai Kualiti Hidup Kita Maka Kewangan Kita Juga Akan Meningkat.”
  22. “Antara Kunci Kejayaan Adalah Dengan Membina Impian, Menulis Matlamat Dan Berdoa Untuk Mencapainya Tanpa Memerlukan Wang.”
  23. “Semua Ilmu Pemasaran Yang Diajar Tidak Akan Berguna Jika Tidak Digunakan.”
  24. “Kita Boleh Fikirkan Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan. Prinsip Asas Berniaga Adalah Menyelesaikan Masalah Orang Dengan Penyelesaian Seperti Produk Atau Perkhidmatan.”
  25. “Fokus Adalah Salah Satu Faktor Penting Yang Membantu Seseorang Untuk Cepat Berjaya. Tetapi Itu Tidak Benar. Kerana Fokus Sahaja Tidak Mencukupi. Kita Hendaklah Menjadi Sangat Focus! Terhadap Tugasan Atau Perkara Yang Kita Hendak Capai.”
  26. “Jangan Menunggu Waktu Yang Tepat Untuk Melakukan Sesuatu, Kerana Waktu Tidak Akan Pernah Tepat Bagi Mereka Yang Menunggu.”
  27. “Ramai Yang Tidak Sedar, Sedikit Ilmu Yang Berkat Diterima Dengan Hati Yang Ikhlas Akan Memudahkan Perjalanan Seseorang Penuntut Itu.”

CSTeam TTDI Recognition Night

TOP YEARLY HM 2018 #CSTeamTTDiRecognitionNight

Bertempat di Kelab Shah Alam, malam nie berlangsungnya majlis gilang gemilang bertemakan Kesultanan Melayu. Alhamdulillah, lepas dah dapat award bulanan semua, n last sekali rupanya dapat Top Yearly HM 2018.

Perjalanan nie tak mudah, tapi manisnya kejayaan tu terlalu banyak. Sampai satu tahap kita sampai tak dapat fikir kenapa Allah bagi sampai macam nie sekali.
Sejujurnya setiap kali naik pentas, setiap kali nama diumum, banyak wajah-wajah anak cucu dibawah naungan team kami dan HM Adila Razak, HM Azie Mukhtar & HM Azneen Yahya yang saya bayangkan. Betapa kuatnya mereka bekerja siang dan malam.


Dari hari pertama saya join Coway ramai tulang belakang disebalik setiap kejayaan nie. SM Kamarul Khairuddin, SM Joziera Johari, puasnya dok bagi tunjuk ajar.
Ingat lagi waktu awal-awal, sayapun kabur macam mana perjalanan Coway nie, bleke saya buat? Tapi tak nak fikir banyak saya ikutje cakap. Dari Putra Height ke Shah Alam, buat sambil bekerja je, kemudian pergi ke Coway Klang sebab HM kata ble dapat duit banyak bila thumbprint. Yer saya kabur, tak tau apa ada kat depan, tapi buatje dan ikut cakap.


Perjalanan nie bermula bila suami anta naik moto setiap pagi, naik moto biashe biasheje. Takutnya cilok-cilok kekadang memang pejam mataje. Tapi sebab buat 2 kerja, nak kena datang awal n nak dapat bonus PaPi lebih skit, saya redah.


Customer pertama dalam Coway saya dapat hasil edar flyers kat apartment. Customer ajak jumpa kat kedai mamak, waktu tu saya nak beli topuppun tak cukup duit, jadi saya guna duit RM5 dalam beg, duit tu la duit terakhir dalam poket arwah ayah sebelum dia meninggal. Lepas telefon suami nakkan duit, saya datang semula ke kedai topup nak tebus balik duit tu. Rupanya duit tu dah takde, dah diberi kat orang lainpun.

Menangis terduduk Allah je tau. Saya sayang sangat kenangan tu. Saya terlalu rindukan arwah ayah, dan sejak tu saya bertekad takkan main-main. Dan dari perjalanan pertama tu sampaila harinie, makin banyak kejayaan yang dapat. Saya tau makin besar sebenarnya tanggungjawab nie.


Dan saya ready, Saya ready untuk bantu lebih ramai orang lagi menjadi Topsale asalkan betul-betul nak. Beranilah datang kedepan ! Kita buat sama-sama tau. Terima kasih suami, adik beradik Raja Norhanizah, Raja Farah dan family semua untuk sepanjang perjalanan nie.


Terima kasih GM Lotfi Wahab, GM Saiful IzzamSM2 dan HM2. Terima kasih semua teammate yang terus terus support. Tanpa semua tulang belakang nie, siapalah saya berdiri atas pentas yang gah macamnie. Alhamdulillah, Alhamdulillah untuk semua nikmat nie.

Performance Kerja Drop? Sampai bila?

Keperluan mencari pendapatan sampingan disebabkan taraf hidup yang tinggi kini menjadi common di kalangan masyarakat kita terutamanya di bandar-bandar besar.

Tambahan pula, apabila kerajaan juga menggalakkan individu mempunyai 2 kerja dalam 1 masa, didalam masyarakat kita, sudah biasa. Di samping tanggungan kerja hakiki, perlu juga buat Part Time. Malah, ada di antaranya yang spend lebih masa di dalam kerja Part time berbanding kerja hakiki.

Bayangkan gaji sediaada tidak dapat menampung keperluan harian malah taraf hidup yang terlalu tinggi menyebabkan keperluan sediaada sangat mendesak.

Banyak kesan buruk yang mungkin timbul kesan daripada melakukan 2 kerja serentak ini antaranya hilang fokus semasa bekerja, performance drop, kerja hakiki tidak mencapai Kpi yang sepatutnya malah boleh membawa kepada kesan sehingga diberhentikan kerja. 

 

 

CARA MENGATASINYA

  1. Kuatkan Spiritual

Ya, memang buat Part Time mendatangkan hasil tapi bagaiman dengan keberkatan? Lakukan kerja Part Time yang tidak mengganggu kerja hakiki. Back to basic, hubungan dengan Allah. Dan percayalah makin dijaga keberkatan gaji ni, akan makin tenang dan mudah urusan harian. Tak kiralah, anda agama apapun back to basic sebagai manusia.

  2. Tetapkan Target

Bagi anda yang mempunyai impian jangka panjang untuk berbisnes. Anda perlu menetapkan 1 Target sampai bila nak terus hidup begini. Ya, memang Part Time boleh mendatangkan hasil, tapi cuba bayangkan kalo 5 tahun lagi still melakukan 2 kerja serentak, bagaimana dengan masa depan anda? Family anda?

 

 

Adalah penting untuk kita menetapkan matlamat jangka panjang memandangkan  ianya penting untuk masa depan sendiri.  Tidak mudah untuk berterusan dalam belenggu masalah yang berterusan dan kita seharusnya mengambil suatu titik mula ke arah masa depan yang lebih terjamin. Performance drop sampai bila? Anda tentukan !!!

 

 

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!